Gambar header

Gambar header
budak sekolah

Perutusan dari Guru Besar

| Monday 7 March 2011







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNYa  kita diberi kesempatan dan peluang untuk terus meningkatkan azam dan iltizam bagi mejana segala niat, cita-cita mencapai matlamat pendidikan yang amat suci murni ini.

Pendidikan adalah tanggungjawab bersama yang harus dilaksanakan dalam konteks  masyarakat yang berakhlak. Dalam dunia yang serba canggih kita memerlukan generasi cemerlang yang bakal menerajui agama, bangsa dan negara kita. Penglibatan  ibubapa dalam mewujudkan  generasi cemerlang adalah  merupakan satu keperluan. Justeru itu Sekolah Islam Al-Iman mengambil langkah menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat ilmiah dengan mengimbangi pembentukan duniawi dan ukhrawi.

Penubuhan Sekolah Islam Al-Iman pada tahun 1995 adalah hasil inisiatif ibubapa dan penduduk setempat. Sehingga kini sekolah ini telah menjangkau 16 tahun dengan jumlah pelajar seramai 206 orang dan 15 orang guru yang berpengalaman.


Sekolah  Islam Al-Iman telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang ini dapat dilihat pada peningkatan peratus kelulusan UPSR, PSRA dan UPKK. Setiap tahun pelajar sekolah ini mendapat tawaran ke sekolah menengah berasrama penuh (SBP)  seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Agama Menengah Bestari USJ, Maahad Tahfiz Istana Bandar Banting (MITIB) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu. Berkat usaha pelajar, guru-guru dan sokongan padu dari ibu bapa, ramai bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya  melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.


Oleh itu saya berharap kepada guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terbabit marilah kita bersama-sama berusaha bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai sakhsiah dan jati diri kerana mereka merupakan pemimpin bagi generasi yang akan datang.


Sekian. wassalam


Fadilah binti Mustafa
Guru Besar
Sekolah Islam Al-Iman
25 Jalan Cahaya 14
Taman Cahaya
68000 Ampang
Selangor
 

Copyright © 2010 Sekolah Rendah Islam Intergrasi Al-Iman